ETIQA PERNIAGAAN : KENDERAAN KOMERSIAL

Takaful Kenderaan Komersial

Terus maju bersama pelan komprehensif Takaful Kenderaan Komersial.

Takaful Kenderaan Komersial
Kejadian yang tidak diingini boleh mengganggu operasi perniagaan dan memberikan kesan kepada anda dari segi kewangan. Pelan Takaful Kenderaan Komersial dari Etiqa melindungi kenderaan komersial anda sekiranya berlaku kemalangan, kerosakan akibat kebakaran atau kecurian dan memberikan perlindungan untuk kematian, kecederaan atau kerosakan harta benda pihak ketiga akibat kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan anda.

Manfaat Utama

Perlindungan untuk kenderaan komersial anda

Bayaran sekaligus untuk menampung kerugian atau kerosakan kenderaan anda akibat kemalangan, kecurian atau kebakaran.

Perlindungan untuk kecederaan atau kematian pihak ketiga

Melindungi anda apabila berlaku kematian atau kecederaan badan orang lain akibat kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan komersial anda.

Perlindungan untuk kehilangan atau kerosakan harta benda pihak ketiga

Melindungi anda apabila berlaku kehilangan atau kerosakan harta benda akibat kemalangan yang disebabkan oleh kenderaan komersial anda. 

Perlindungan untuk Kos Perundangan

Bayaran sehingga RM2,000 untuk caj undang-undang yang dikenakan.

Pilihan Tambahan Untuk Perlindungan Menyeluruh

Perlindungan kemalangan diri yang komprehensif untuk pemandu & pembantu kenderaan hanya serendah RM0.70 sehari.

Perlindungan manfaat NCD anda semasa menuntut kehilangan atau kerosakan pada cermin depan, tingkap & pelindung matahari.

Perlindungan untuk kehilangan atau kerosakan aksesori kenderaan akibat kemalangan.

Perlindungan untuk kehilangan atau kerosakan kenderaan komersial anda akibat banjir, ribut dan lain-lain.

Pampasan akan diberikan semasa kenderaan komersial anda dibaiki di bengkel akibat kemalangan.

Hubungi Kami Sekarang!

Dapatkan sebutharga dalam masa 24 jam
sahaja secara PERCUMA!

*Tekan Butang Sebutharga

© 2022 NISAMIR AGENCY (IP0494055-K)
Kami mementingkan pelanggan kami dan meletakkan mereka sebagai keutamaan. 
Kami bertekad untuk memenuhi kehendak pelanggan dan membantu mereka melindungi aset mereka, mengekalkan 
gaya hidup mereka dan membina masa depan yang lebih baik.
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram